Assalamualaikum dan Selamat Datang

InsyaAllah kami akan menyajikan resipi-resipi masakan tradisional dan juga moden.



Disamping itu kami juga menyediakan perkhidmatan tempahan kuih-muih.



Dan juga perkhidmatan lain yang sewaktu dengannya







Rabu, 14 September 2011

Sedia Menerima Tempahan


Kuih Bom (Paung) Ubi Berinti Ikan

Sedia Menerima Tempahan


Kuih Bom (Paung) Pulut Berinti Ikan

Sedia Menerima Tempahan


Kuih Bingka

Sedia Menerima Tempahan


Kuih Tradisional: Nenas Bersira

Sedia Menerima Tempahan


Kuih Bakar Raja Wook (terbaik dari Kemaman)

Sedia Menerima Tempahan



Kuih Bakar Nganang

Sedia Menerima Tempahan


Kuih Akok Nganang

Terima Kasih kepada Pelanggan Ketupat Raya 2011



Alhamdulillah hampir 6000 biji tempahan ketupat berjaya dijual raya kali ini.

Memang perit untuk memenuhi permintaan pelanggan, kerana dalam masa yang sama kami tetap meneruskan aktiviti menjual kueh mueh tradisional di Pasar Binjai Souq.

Mohon maaf kepada pelanggan yang tidak dapat menempah dari kami.

Rabu, 24 Ogos 2011

Hubungi Kami Untuk Sebarang Permintaan Raya Anda

Perkhidmatan Kanopi juga kami sediakan

Perkhidmatan kami adalah sekitar Kuantan dan Kemaman.

Kos penghantaran adalah berdasarkan jarak.

Sebarang persoalan boleh hubungi:

010-9058085 (Faiz/ Robiah)



Mengambil Upah Memasak Untuk Jamuan raya 2011

Kami juga menyediakan perkhidmatan Upah Memasak. Sebarang majlis atau kenduri kendara.

Contoh Upah Memasak yang kami sediakan:

Nasi Minyak

Nasi Dagang

Gulai Kawah


Dan apa juga lauk-pauk untuk memenuhi permintaan anda (terutamanya masakan kampung)
Tempahan boleh dibuat 2 minggu sebelum majlis.
Duit pendahuluan sebanyak 50 % diperlukan semasa tempahan dibuat.
Kami mengenakan caj RM 2 untuk 1 kepala (ini adalah upah memasak sahaja, tidak termasuk kos barang-barang masakan)
Pembatalan tempahan: 1 minggu sebelum majlis untuk mengelak wang pendahuluan hangus

Menerima Tempahan Kuih Tradisional Untuk Raya 2011

Diantara jenis kuih-muih yang kami sediakan:

Kuih Tako/ Tepung Pelita (dalam bekas)

Kuih Lompat Tikam

Kuih Bakar

Kuih Akok

Kuih Cara Berlauk

Kuih Cara Bergula

Kuih Asam Gumpal

Ketupat Palas Manis

Ketupat Palas Berlemak

Ketupat Palas Lemak Manis


Dan lain- lain lagi mengikut permintaan anda
Tempahan boleh dibuat 5 hari lebih awal
Duit pendahuluan: Sebanyak 50 % dari harga tempahan
Untuk pembatalan: Disyorkan 2 hari lebih awal untuk mengelak duit pendahuluan hangus

Khamis, 23 September 2010

Kuih Tepung Pelita


Izinkan kami berkongsi resipi tentang cara-cara membuat Kuih Tepung Pelita.

Bahan-bahannya:

a) Untuk lapisan bawah (hijau)
  1. 1 cawan tepung jagung

  2. 1 cawan gula

  3. 4 cawan air

  4. Jus pandan/ pewarna hijau

b) Untuk lapisan atas (putih)

  1. 1/2 cawan tepung jagung

  2. 4 cawan santan pekat

  3. Garam

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan untuk lapisan bawah

  2. Kacau sehingga tepung larut

  3. Kacau diatas api sehingga masak

  4. Ulang cara (1-3) untuk lapisan atas

Rabu, 22 September 2010

Assalamualaikum

Kami (saya dan isteri) bercadang membuka laman web ini untuk berkongsi dan memulakan perniagaan kuih muih tradisional.

InsyaAllah kami akan cuba sebaik mungkin untuk selalu menjaga dan memastikan laman web ini sentiasa dikemaskini dan terjaga.

Resepi-resepi yang akan kami kongsikan adalah hasil dari percubaan sendiri
dari kami (terutamanya masakan moden) dan juga hasil tunjuk ajar dari emak kami
sendiri.


Nama laman web ini juga bersempena nama emak kami. Beliau telah lama terlibat dalam industri kuih muih tradisional dan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam menyediakan perkhidmatan masakan tradisional untuk majlis-majlis dan kenduri-kendara.

Doakan yang terbaik untuk kami, dan kami juga berjanji untuk menjadi Mukmin Professional didalam menjalankan perniagaan ini.

Sekian. Wassalam

Kategori