Assalamualaikum dan Selamat Datang

InsyaAllah kami akan menyajikan resipi-resipi masakan tradisional dan juga moden.



Disamping itu kami juga menyediakan perkhidmatan tempahan kuih-muih.



Dan juga perkhidmatan lain yang sewaktu dengannya







Khamis, 23 September 2010

Kuih Tepung Pelita


Izinkan kami berkongsi resipi tentang cara-cara membuat Kuih Tepung Pelita.

Bahan-bahannya:

a) Untuk lapisan bawah (hijau)
  1. 1 cawan tepung jagung

  2. 1 cawan gula

  3. 4 cawan air

  4. Jus pandan/ pewarna hijau

b) Untuk lapisan atas (putih)

  1. 1/2 cawan tepung jagung

  2. 4 cawan santan pekat

  3. Garam

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan untuk lapisan bawah

  2. Kacau sehingga tepung larut

  3. Kacau diatas api sehingga masak

  4. Ulang cara (1-3) untuk lapisan atas

Tiada ulasan:

Kategori