Assalamualaikum dan Selamat Datang

InsyaAllah kami akan menyajikan resipi-resipi masakan tradisional dan juga moden.



Disamping itu kami juga menyediakan perkhidmatan tempahan kuih-muih.



Dan juga perkhidmatan lain yang sewaktu dengannya







Rabu, 22 September 2010

Assalamualaikum

Kami (saya dan isteri) bercadang membuka laman web ini untuk berkongsi dan memulakan perniagaan kuih muih tradisional.

InsyaAllah kami akan cuba sebaik mungkin untuk selalu menjaga dan memastikan laman web ini sentiasa dikemaskini dan terjaga.

Resepi-resepi yang akan kami kongsikan adalah hasil dari percubaan sendiri
dari kami (terutamanya masakan moden) dan juga hasil tunjuk ajar dari emak kami
sendiri.


Nama laman web ini juga bersempena nama emak kami. Beliau telah lama terlibat dalam industri kuih muih tradisional dan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam menyediakan perkhidmatan masakan tradisional untuk majlis-majlis dan kenduri-kendara.

Doakan yang terbaik untuk kami, dan kami juga berjanji untuk menjadi Mukmin Professional didalam menjalankan perniagaan ini.

Sekian. Wassalam

Tiada ulasan:

Kategori